Rakan anda bakal berkahwin lusa dan anda telah dipilih sebagai pengapit rakan anda itu. Tetapi apa yang membimbangkan anda saat ini ialah sebiji jerawat besar telah tumbuh di dagu. “Entah-entah orang tak tengok pun kawan anda yang nak kahwin tu, tapi asyik tengok jerawat anda sahaja”

Beautiful Muslim girl with acne problem looking in mirror indoors

Anda mula berfikir yang bukan-bukan. Nak cari pengganti tak ada pula dan nak tolak kasihan pula rakan anda yang dah menempah baju khas untuk anda. Kalaulah ada produk yang boleh menghilangkan jerawat ni dalam masa 1 hari kan bagus. Tapi jujur saya katakan, tak ada;-(

Jerawat sering sahaja muncul pada saat tak terduga. Terutama pada masa-masa penting bukan? Pada masa cuti kat rumah tidak pula dia muncul.

Gambar di bawah menunjukkan 3 jenis kulit, berjerawat, normal dan berminyak yang mempunyai bintik hitam. Kalau setakat bintk hitam, nak cover dengan makeup boleh lagi. Tapi kalau dah jerawat timbul macam gunung berapi nak meletus, cover tebal macamana pun tetap nampak juga.

10 sebab mengapa kulit berjerawatKadang-kadang tu jeles je tengok orang yang berkulit halus. Cantiknya kulit mereka. Pakai makeup pun cantik je. Cubala pergi muka orang lain atau kalau nak tumbuh sangat pergila tumbuh kat tempat orang tak nampak.

Kenapalah aku mempunyai jerawat? Kenapa????

Soalan ini selalu sahaja timbul difikiran anda dan mereka yang mempunyai jerawat. Post hari ini saya akan bagitahu anda mengapa anda mempunyai jerawat. Mungkinkah anda sendiri penyebabnya? Jom kita lihat…

6 Jenis jerawat. Yang mana satukah jerawat anda?

10 Sebab Anda Mempunyai Jerawat

Whitehead dan blackhead selalu ada pada zon T kerana zon ini adalah zon paling berminyak pada wajah. Manakala yang lain papule, pustule dan nodule selalu lebih jelas dan timbul dipermukaan. Nodule pula selalu menyebabkan parut dan mengambil masa yang lama untuk hilang.

10 Sebab Anda Mempunyai Jerawat

Untuk mempunyai kulit yang cantik, anda mesti tahu punca sebenar mengapa anda mempunyai jerawat. Dengan mengetahui punca jerawat anda mungkin boleh mengawal pengeluaran jerawat

10 Sebab Anda Mempunyai Jerawat 2

1) Genetik – Adakah ibu atau bapa anda mempunyai jerawat? Jika ya, anda berkemungkinan besar mempunyai jerawat. Jika ibu-bapa anda pernah mengalami jerawat semasa muda mereka dan anda juga mengalaminya. Ini adalah disebabkan genetik. Menurut beberapa saintis, genetik menyumbangkan 81% kepda masalah jerawat manakala 19% lagi disebabkan masalah luaran atau persekitaran seperti gayahidup, makanan dan lain-lain.

Saya tahu ini agak sukar untuk diterima dan ada yang mungkin reject terus sebab ini. Untuk membuktikan genetik sebagai punca, beberapa kajian telah dijalankan oleh saintis seperti di bawah:

a) 458 pasangan kembar seiras1099 pasangan kembar tak seiras mendapati 19% jerawat adalah disebabkan oleh faktor persekitaran seperti stres dan makanan manakala 81% disebabkan genetik.

b) 20 pasangan kembar seiras dan tak seiras dikaji. Keputusannya, kembar seiras mempunyai bilangan kadar penghasilan sebum yang sama tetapi berbeza tahap pengeluaran jerawat manakala kembar tak seiras mempunyai kadar pengeluaran sebum dan penghasilan jerawat yang berbeza. Ini menunjukkan genetik mempengaruhi jenis kulit tetapi bukan tahap sedikit atau banyak jerawat yang dihasilkan.

c) Kajian bagi 204 penghidap jerawat dan 144 yang tidak mempunyai jerawat menunjukkan jerawat lebih mudah timbul jika ada sejarah jerawat dikalangan keluarga terdekat dimana ia 4 kali ganda mudah mendapat jerawat daripada mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga yang berjerawat.

Maka, jika jerawat anda disebabkan genetik anda tidak dapat mengelakkannya 100%. Tapi anda boleh mengurangkan pengeluaran jerawat dengan mengawal faktor persekitaran. Teruskan membaca..

2) Makanan – Satu kajian melibatkan 23 orang Australia berusia 15-25 tahun yang mengikuti program diet yang dikenali sebagai low-glycemic load (LGL) diet menunjukkan kaitan makanan dengan jerawat. Mereka mengurangkan makanan seperti fries, nasi putih dan roti putih sebaliknya mengamalkan makanan seperti wholegrain dan nasi perang. Kulit mereka menunjukkan perubahan yang baik apabila mengikuti diet ini.

Walaubagaimanapun mereka juga kehilangan berat badan, jika anda mempunyai masalah berat badan dan jerawat pada masa yang sama anda boleh mengikuti diet pemakanan ini.

Satu lagi kajian pada tahun 2006, menunjukkan 6094 remaja perempuan berumur antara 9-15 tahun menunjukkan jerawat mereka berkurangan apabila mengurangkan produk tenusu seperti susu dan keju.

3) Bakteria-  jangan memicit jerawat anda dengan tangan yang kotor! Ini kaan memudahkan jerawat tumbuh dibahagian lain wajah anda. Ketika anda memegang telefon pada telinga, atau baru habis bersenam, kulit anda mudah dijangkiti bakteria. Bakteria yang merebak dikawasan pipi mudah menyebabkan jerawat dan merebak dengan mudah apabila anda selalu memegang wajah anda.

4) Skincare dan makeup – Skincare dan maekup konvensional biasanya mengandungi bahan yang boleh menyumbat pori-pori dan bahan kimia berbahaya. Ini boleh menyebabkan iritasi dan radang kulit sehingga kulit nada menjadi sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Pewangi dan pewarna tiruan pada makeup adalah antara bahan yang menyebabkan kesan alergi dan jearwat pada kulit.

 

“Redness can be caused by preservatives (pengawet), fragrances (pewangi) or acrylates found inside cosmetic products,” menurut Beverly Hills, CA, dermatologist Tsippora Shainhouse, MD. “Consider getting allergy patch testing at your dermatologist’s office to determine the offending agent and then you’ll know which ingredients to look out for in the future.”

Beliau menyarankan agar anda menguji sedikit dahulu skincare dan makeup pada kulit sebelum menggunakannya diseluruh wajah anda. Jadi saya sarankan anda baca label terlebih dahulu dan google apa kegunaannya didalam produk tersebut sebelum membelinya.

5) Kurang tidur – Rehat yang cukup sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Jika anda selalu kurang tidur ini akan mempengaruhi sistem badan anda dan anda lebih mudah stress. Stress yang berlebihan akan meningkatkan pengeluaran minyak pada wajah dan meningkatkan kadar inflamasi.

Sistem imun anda juga akan turun dan anda akan lebih mudah dijangkiti bakteria. Bakteria dan minyak yang berlebihan akan menyumbatkan pori-pori dan menyebabkan jerawat.

6) Perubahan hormon- Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan jerawat. Remaja biasanya mengandungi hormon yang tidak stabil dan mempunyai hormon androgen berlebihan. Ini sebab mengapa jerawat biasa terjadi ketika usia remaja.

Selain itu faktor-faktor yang boleh mempengaruhi hormon adalah ubat-ubatan dan pil pencegah kehamilan.

Itu adalah antara 6 sebab utama mengapa anda mempunyai jerawat. Antara 4 sebab yang lain ialah:

  1. Kesihatan – Jerawat tumbuh apabila ada toksik yang terkumpul dalam sistem tubuh anda. Kulit adalah salah satu cara untuk toksin dibuang dari dalam kita. Gambarajah di bawah menunjukkan bahagian-bahagian pada wajah yang disebabkan oleh sistem dalam tubuh anda.
  2. Penggunaan pencuci muka yang berlebihan – Ada antara anda yang berfikir anda perlu mencuci muka setiap kali wajah anda berminyak. Minyak yang hilang akan digantikan dengan minyak yang baru. Anda hanya perlu menggunakan tisu untuk mengelap wajah anda tanpa perlu mencuci wajah anda dengan pencuci muka lebih dari 2 kali sehari.
  3. Kebersihan persekitaran – Persekitaran yang kotor akan mudah untuk bakteria membiak. Ia bukan sahaja menyebabkan kulit yang kotor tetapi tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.
  4. Cuaca yang berubah-ubah – Anda mungkin bekerja ditempat yang sejuk atau mempunyai penghawa dingin. Tetapi kawasan diluar adalah sangat panas. Keadaan cuaca ini akan menyebabkan kulit anda tidak stabil kerana suhu yang tidak tetap. Pelembap yang sesuai amat penting untuk masalah seperti ini.

Ada banyak kaedah untuk merawat jerawat dan masing-masing mempunyai kebaikan dan kelemahan. Ada yang sesuai dan ada juga yang tidak sesuai. Anda harus tahu apakah punca utama anda mempunyai jerawat dan cuba mengamalkan pemakanan yang baik dan mengawal stress agar pengeluaran jerawat lebih mudah dikawal.

Jika anda seperti saya, anda boleh mencuba kaedah semulajadi yang lebih selamat. Itu sahaja untuk kali ini, semoga apa yang saya kongsikan kali ini bermanfaat.

Xoxo,

Alia Mohammad