Mengapa Anda Mesti Menggunakan Organik Makeup?

Produk organik semakin popular masa kini. Hal ini kerana ia tidak mengandungi bahan kimia berbahaya tetapi cuma mengandungi bahan seperti minyak pati dan bahan semulajadi yang selamat untuk kulit walaupun kulit sensitif.

Wanita memang tidak pernah lari dari menggunakan makeup. Bagi yang bekerja, menggunakan makeup adalah satu kewajipan walaupun hanya bedak atau lipstik sahaja.

Mengapa memilih Makeup organik

Mengapa Anda Mesti Menggunakan Organik Makeup?

Kebanyakan wanita menggunakan makeup konvensional yang mengandungi pelbagai bahan berbahaya di dalamnya. Selain itu, ia mungkin menyumbatkan pori-pori dan menyebabkan jerawat. Bukan itu sahaja, makeup konvensional mengandungi banyak pewarna sintetik, pewangi sintetik dan menyebabkan iritasi atau kemerahan berlaku selepas wajah dicuci.

Walaubagaimanapun, natural dan organik makeup diperbuat daripada pigmen mineral atau ekstrak tumbuhan, minyak dan wax. Ini bukan setakat membantu anda tampil cantik tetapi membantu merawat kulit wajah anda dengan melembapkan dan melembutkan kulit.

 Mengapa Anda Mesti Menggunakan Organik Makeup? 1

Lipstik, Lipbalm Dan Lipgloss

Ketiga-tiga ini digunakan untuk bibir. Lipstick sifatnya ada yang matte dan ada juga yang bersifat seperti lip-gloss yang berkilat apabila dikenakan. Lipbalm pula tidak mempunyai warna dan lebih berfungsi sebagai pelembap bibir dan merawat bibir kering.

Lipstick, lipbalm dan lipgloss yang semulajadi dan organik biasanya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi iaitu minyak, minyak pati, wax lebah, shea butter atau cocoa butter. Manakala lipstick bukan organik tidak menggunakan bahan-bahan semulajadi dan lebih kepada bahan-bahan sintetik dan menyebabkan bibir semakin kering dan mengelupas apabila dikenakan.

Mengapa Anda Mesti Menggunakan Organik Makeup? 2

Foundation, Concealer, Bronzer, Dan Blusher

Makeup jenis ini pula diletakkan dibahagian kulit wajah. Makeup organik dan natural biasanya menggunakan bahan yang sama seperti lipstick tadi iaitu minyak tumbuhan, shea butter dan organik emulsifying wax. Ada yang berfungsi seolah-olah pelembap kulit jadi anda tidak perlu risau untuk memakainya.

Bagi mineral makeup yang berbentuk serbuk seperti mineral loose powder, blusher dan mineral eyeshadow, bahan-bahan mineral dan pewarna dari serbuk tumbuhan digunakan. Ia tidak menyumbat pori-pori dan mudah dipakai menggunakan berus kabuki.

Mengapa Anda Mesti Menggunakan Organik Makeup? 4

Kebaikan Makeup Organik dan Semulajadi

Saya senaraikan mengapa kita harus menggunakan makeup mineral dan organik dibawah:

  1. Tidak mengandungi paraben – Digunakan sebagai pengawet dalam kebanyakan kosmetik. Paraben menyerap masuk ke dalam kulit dan berkemungkinan menganggu fungsi hormon. Ia mungkin boleh menyebabkan jerawat. Paraben juga telah ditemui dalam tisu barah payu dara dan dikatakan berpotensi menyebabkan kanser.
  2. Mineral oil – Digunakan didalam makeup untuk memberi lembapan kepada kulit. Ia biasanya digunakan didalam foundation cecair. Apabila dipakai, ia boleh menyumbat pori-pori dan menyukarkan kulit untuk menyingkirkan toksin keluar kulit.
  3. Petrolatum – Kebanyakannya digunakan dalam produk bibir. Ia dikatakan melembapkan kulit tetapi sebenarnya mengganggu mekanisme sebenar kelembapan bibir. Ini menyebabkan mengapa apabila anda menggunakan pelembap yang mengandungi petrolatum, anda akan balik-balik pakai semula kerana bibir terasa kering walaupun baru sahaja memakainya.
  4. Pewarna sintetik – Menjadikan warna makeup lebih menarik. tetapi ia boleh meningkatkan sensitiviti kulit dan alergi. Bahan sintetik adalah sukar untuk diserap kulit dan ini menyebabkan kulit mudah mengalami iritasi.
  5. Pewangi sintetik – Digunakan untuk mewangikan makeup. Pewagi sintetik biasanya dibuat daripada beratus bahan kimia untuk mendapatkan satu jenis bau. Ia bukanlah seperti pewangi semualajdi yang diambil daripada tumbuhan. Ia bukan saha menyebabkan iritasi malah mungkin menyebabkan si pemakai sensitif terhadap bau tertentu.

 

Saya berharap apa yangs aya kongsikan hari ini membantu anda sedikit sebanyak untuk mecari makeup yang sesuai. Apapun cubalah beralih dan memilih makeup mineral dan organik untuk kesihatan kulit yang maksimum.

Have a great day! 😉

Xoxo,

Alia Mohamad