
Kenyataan mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan berminyak tidak boleh menggunakan face oil adalah kurang tepat dan tidak benar. Sebenarnya, penggunaan face oil untuk kulit berjerawat boleh membantu mereka jika menggunakan face oil yang betul.
Mereka yang mempunyai kulit berminyak mudah mendapat jerawat, tetapi jerawat juga tumbuh bagi sesetengah mereka ayng berkulit kering. Hal ini kerana terdapat faktor-faktor yang berbeza yang boleh menyebabkan jerawat. Anda boleh berkulit kering tapi mungkin menghidapi hormonal acne.
Satu kesilapan terbesar bagi orang kulit berminyak ini mereka mencuci muka berulang-ulang dengan harapan minyak akan berkurang. tetapi sebaliknya akan berlaku kerana minyak yang hilang akan digantikan dengan yang baru dan ini akan mengaktifkan sebum dan membuat kulit lebih berminyak.
Mereka juga takut mengenakan produk yang berminyak kerana takut muka akan lebih berminyak dan berjerawat. Tetapi setiap komponen jenis asid yang terdapat pada minyak tumbuhan adalah berbeza. Ini menyebabkan mengapa ada minyak yang boleh mengatasi masalah jerawat dan ada yang menyebabkan jerawat.
Di dalam post kali ini saya akan berkongsi 5 Minyak Tumbuhan Terbaik Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat
Jojoba Oil
Minyak jojoba ini bersifat anti bakteria penyebab jerawat yang dikenali sebagai Propionibacterium acnes. Jojoba oil ini hampir menyerupai sebum pada kulit manusia dan melarutkan minyak berlebihan yang dihasilkan oleh kulit tanpa menyumbat liang pori-pori.

Hemp Seed Oil
Hemp Seed Oil mempunyai skala komedogenik 0, dan langsung tidak menyumbat pori-pori kulit. Ia mempunyai kandungan linoleik acid yang tinggi iaitu melebihi 50% dan asid linoleik sangat baik untuk kulit berjerawat. Ia melembapkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak pada kulit.

Evening Primrose oil
Evening primrose oil selalu digunakan dalam produk-produk untuk kulit berjerawat, eczema dan kedutan. Ia mengandungi lemak Omega 3 dan penting untuk kesihatan kulit dan kuku. Evenin g primrose oil mengandungi Gamma-linolic acid yang membantu melindungi sistem pertahanan kulit dan mengurangkan kehilangan lembapan. Ia juga membantu mengurangkan iritasi kulit dan membantu kemerahan yang disebabkan oleh jerawat.

Grapeseed oil
Grapeseed oil mengandungi asid linoleik yang sangat tinggi iaitu lebih 70%. Ini membantu memperkuatkan membran sel kulit dan bertindak sebagai anti inflamasi untuk meredakan iritasi dan kemerahan kulit. Grapeseed oil mempunyai skala komedogenik 2 danmengandungi vitamin E untuk penyembuhan kulit yang optimum. Selain itu, grapeseed oil sangat sesuai untu kulit sensitif dan bersifat anti-bakteria.

Argan oil
Argan oil sangat popular akhir-akhir ini. Ia bukan sahaja terkenal untuk rambut yang cantik tetapi untuk kulit berjerawat kerana skala komedogeniknya yang 0. Ia mengawal pengeluaran sebum dan ini mengurangkan minyak berlebihan dikeluarkan.

Penggunaan Face Oil kini semakin medapat tempat dihati penggemar produk natural dan organik. Ia bukan sahaja berkesan tetapi 100% natural tanpa penambahan pengawet kerana face oil ini bebas daripada air.
Anda boleh menggunakan salah satu daripada 5 face oil ini atau menggabungkan 2 atau 3 face oil ini bagi mendapat hasil yang anda inginkan.
Semoga apa yang saya kongsikan hari ini bermanfaat untuk anda. Have a great day!
Xoxo,
Alia