Pejam celik pejam celik, rupanya kita dah berada di tahun 2021. Macam takda apa sangat yang berlaku tahun lepas (Eh, macam dah lama bunyinya), yang ada pun hampir semua cerita tentang Covid-19.

Jadi tak azam tahun lepas atau x jadi? Atau mungkin mana-mana azam yang tak jadi tu anda nak bawa ke tahun 2021? Atau ada azam baru?

Hmmm… Apapun yang penting kita semua nak berubah ke arah yang lebih baik bukan?

Blog post kali ni saya nak share 7 Tips Untuk Memperbaiki Kesihatan Kulit Anda Di Tahun 2021. Kira macam azam barulah juga kan.

Siapa yang tak nak kulit cantik, mulus, sihat dan nampak muda, semua orang nak kelihatan cantik.

Jadi mungkin dengan adanya tahun baru ni, semangat untuk berubah itu lebih tinggi. Tahun 2021 umur akan meningkat setahun lagi.

Kebenarannya adalah apabila anda berusia pertengahan dua puluhan, anda kini dalam proses penuaan.

Jadi ia penting untuk mengambil langkah-langkah untuk untuk menjaga kulit anda sebelum tua pada waktunya.

Tips Untuk Memperbaiki Kesihatan Kulit Anda

Setiap hari kita dihujani dengan iklan komersial dan petua kecantikan dari macam-macam produk.

Ia untuk membuat kita percaya bahawa produk ajaib terbaru mereka adalah apa yang anda perlukan untuk mengelakkan kesan peningkatan umur dan pencemaran dari alam sekitar ke atas kulit.

Sebenarnya, tips terbaik untuk kecantikan semula jadi dan kulit yang sihat adalah menjaga apa yang anda ada.

Sounds simple, does’nt it? Maksudnya, semuanya bermula daripada diri kita sendiri sama ada kita nak buat atau tidak saja.

Post berkaitan dengan post ini:

So, jom kita lihat apa 7 Tips Untuk Memperbaiki Kesihatan Kulit Anda Di Tahun 2021.

7 Tips Untuk Memperbaiki Kesihatan Kulit Anda Di Tahun 2021

1. Stay hydrated, minum air! – Air yang dimaksudkan disini ialah air kosong dan bukan soda, kafein, atau cecair yang lain, walaupun rendah kalori.

Soda (malah diet soda) mahupun minuman berkarbonat mempunyai kepekatan gula yang tinggi.

Gula yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan dan boleh menjurus ke arah penyakit berbahaya seperti diabetes.

Ia juga menyebabkan berat badan anda naik mendadak. Anda memerlukan air yang akan menghidrat dan membersihkan badan anda daripada toksin.

So untuk tahun 2021, kurangkan minuman manis, dan pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 8 -12 gelas sehari!

tips kulit cantik

Photo by Adrienn from Pexels

2. Amalkan diet seimbang dan makanan sihat -. Mengamalkan rutin pengambilan makanan sihat yang konsisten boleh membuat perbezaan besar dengan tubuh badan anda.

Tabiat makan yang tidak betul boleh menyebabkan kemurungan, kenaikan berat badan, penyakit dan kelesuan keseluruhan.

Ia juga tidak membantu kulit anda. Kulit anda akan kelihatan tidak berseri kerana kekurangan vitamin dan zat tertentu.

Oleh itu, pastikan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kesihatan dan kecantikan.

Kurangkan atau jika boleh elakkan sama sekali makanan proses seperti sosej, nuget dan snek yang mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi.

Makan lebih banyak real food untuk memudahkan organ dalaman anda berfungsi dengan baik.

Kurangkan makan daging merah dan makan lebih banyak ikan. Pastikan saiz hidangan sayur melebihi saiz hidangan daging.

Makan banyak biji dan kekacang seperti almond, biji bunga matahari (kuaci), biji labu dan chia seeds. Kurangkan makanan tenusu seperti susu lembu dan cheese.

3. Jangan lupa bersenam – Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

Anda bukan sahaja kelihatan sihat, senaman juga mampu menurunkan berat badan tanpa memakan apa-apa supplemen penurun berat badan yang tidak diketahui kesannya.

Penambahan berat badan menyebabkan kulit anda meregang. Apabila anda semakin tua, kehilangan keanjalan dan anda tinggal dengan kulit yang kendur.

Senaman juga membantu tubuh mengeluarkan toksin melalui peluh.

Walaubagaimanapun, jika anda berkulit sensitif elakkan senaman yang terlalu ekstrem seperti berlari dalam cuaca yang panas.

Anda boleh mencuba senaman seperti yoga, taichi dan pilates.

Anda juga boleh bersenam dirumah seperti zumba dan senam robik, apapun cuba keluar rumah sekali sekala untuk mendapatkan udara segar di samping mendapatkan vitamin D daripada cahaya matahari.

7 tips cantik

Photo by Jonathan Borba from Pexels

4. Lindungi kulit anda dari sinar ultraviolet (UV) yang berbahaya – Kita semua menyukai matahari. Yang benar adalah anda boleh meracuni diri anda dengan cahaya matahari yang terlalu banyak.

Sinar UV menyebabkan kanser kulit malah jika berterusan cahaya matahari menyebabkan kulit anda bertambah tua daripada yang sepatutnya, menyumbang kepada kedutan yang hadir sebelum waktunya.

Sekiranya anda mesti berada di bawah sinar matahari, pastikan anda menggunakannya pelindung matahari yang mencukupi. Jangan tinggalkan rumah tanpa menggunakannya!

5. Jaga rutin kecantikan anda – Gunakan skincare yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Cuci muka 2 kali setiap hari dan pakai mask 1-3 kali seminggu untuk kesihatan kulit yang maksimum. Anda tak perlukan rutin kecantikan yang terlalu kompleks sehingga perlukan 10 produk sekaligus.

Apa yang penting adalah mencuci muka, menggunakan pelembap dan sunscreen jika keluar rumah.

Apapun, terpulang kepada anda jika anda sesuai menggunakan produk yang banyak.

6. Ambil vitamin tambahan – Jika anda tidak mampu untuk makan secara seimbang dengan konsisten, tubuh anda akan kekurangan nutrien.

Oleh itu anda hendaklah mengamalkan pengambilan supplemen seperti vitamin C, , mineral seperti zink dan Fish Oil untuk mendapatkan nutrien.

Ada banyak vitamin dijual dipasaran, namun carilah vitamin yang dijual di farmasi dan elakkan supplemen yang tidak diketahui keselamatannya.

Apapun lihat bahan dalam supplemen untuk mengesahkan keaslian produk sebelum membeli. Walaubagaimanapun, ingat, vitamin atau supplemen ini adalah makanan tambahan.

Jangan terlalu bergantung kepadanya sehingga mengabaikan makanan harian.

BELI DI SHOPEE                     BELI DI LAZADA

7. Kurangkan stress dan tidur dengan cukup – Sel-sel badan akan mengalami pembaharuan ketika anda sedang tidur.

Oleh itu, penting untuk anda untuk mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurang 7-8 jam sehari.

Kurangkan stress dengan merancang rutin harian anda sebaiknya untuk megelakkan sebarang kerja last minute berlaku.

Hati yang tenang dan tidur yang cukup membuatkan anda kelihatan muda dan anda kelihatan lebih menawan dengan muka yang ceria berbanding dengan muka yang murung.

Stress mengeluarkan hormon kortisol yang menyebabkan kulit anda tidak dapat menyimpan air di kulit dan seterusnya menyebabkan kulit dehidrasi.

Kulit kering mudah terdedah kepada garis-garis kedutan dan penuaan dengan lebih cepat.

Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, hormon ini juga menyebabkan jerawat mudah keluar dan menghantar signal ke kelenjar sebum untuk mengeluarkan lebih banyak minyak.

Ia juga memburukkan keadaan mereka yang menghidapi ekzema, psoriasis dan rosacea.

Well, how’s the tips? Itulah 7 tips untuk memperbaiki kesihatan kulit anda di tahun 2021.

Apa yang penting, kesihatan dalaman hendaklah diutamakan terlebih dahulu untuk mendapatkan kulit yang cantik sebelum anda berhabis wang untuk membeli macam-macam produk.

Sekiranya anda mengabaikan kesihatan dalaman anda, skincare apa pun tidak dapat menunjukkan kesan dengan baik. Hope all these helps ya!

That’s all for now. Jumpa lagi!

Alia