Mencari makeup yang tepat untuk kulit wajah anda boleh menjadi suatu yang agak sukar. Oleh itu, sangat penting untuk anda mengetahui jenis kulit anda.
Dengan cara ini anda dapat menolak sebilangan besar pilihan.
Contohnya, jika anda mempunyai kulit berminyak, anda hanya perlu mencari produk yang bersifat non-komedogenik atau tidak menyumbat pori-pori.
Post lain yang berkaitan:
- 20 Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi
- 7 Tips Untuk Memperbaiki Kesihatan Kulit Anda Di Tahun 2021
So bagi anda yang nak cari makeup, blog post kali ni, saya nak share 5 Petua Memilih Makeup Yang Sesuai Untuk Jenis Kulit Anda.

5 Petua Memilih Makeup Yang Sesuai Untuk Jenis Kulit Anda
1. Elakkan makeup yang mengeringkan atau merengsakan kulit anda
Bagaimana anda nak tahu kosmetik tu mengeringkan atau merengsakan?
Caranya andalah anda kena tahu membaca review pada komen lain yang mempunyai jenis kulit yang sama dengan anda.
Biasanya review ni boleh dapat kat Lazada atau Shopee.
Ini kalau anda nak beli makeup secara online. Atau anda boleh taip kat Google, review xxx.
Tapi kalau beli kat kedai fizikal atau kat shopping mall cara ni tak boleh pakailah ye.
Bagi anda yang membeli makeup kat kedai fizikal, selalu pastikan anda menguji produk atau buat patch test pada sebahagian kecil kulit anda.
Anda boleh buat pastch test pada di pergelangan tangan anda, sebelum menutup seluruh kawasan dengannya.
Anda juga boleh menguji dibahagian kulit yang anda akan gunakan produk tersebut, contohnya sapu sedikit pada kulit wajah.
Ini akan memberi peluang kepada kulit anda untuk memberitahu anda jika kulit anda sesuai atau tidak dengan produk tersebut.

2. Pertimbangkan warna kulit anda semasa memilih makeup
Walaupun jenis makeup tertentu sesuai untuk jenis kulit anda, jika anda memilih warna yang salah atau warna yang terlalu terang atau terlalu gelap akan menjadikan anda kurang menarik.
Pilih makeup yang sesuai dengan warna kulit anda bagi menutup ketidaksempurnaan kecil pada wajah anda.
Asas yang lebih gelap, dan warna yang lebih neutral untuk eyeshadow dan eyeliner akan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai warna kulit coklat atau sawo matang.
Bagi anda yang mempunyai kulit cerah, anda harus memilih warna asas dan solek mata yang lebih ringan.
Makeup anda harus tampak natural, bukannya mengubah warna kulit dan rupa anda.
3. Membeli alat solek yang berkualiti
Alat solek yang berkualiti selalunya mempunyai harga yang mahal, tetapi ia akan terpancar pada kulit anda.
Alat solek yang murah adakalanya kurang menutup cela pada kulit anda dan sukar untuk sebati.
Alat solek berkualiti selalunya mempunyai bahan yang bertindak seolah-olah melembapkan kulit dan bukan sekadar menutup cela.
Ia lebih mudah diblend dan sebati dengan kulit, hasil sapuan lebih mulus dan licin.

4. Kenali jenis kulit anda
a) Kulit kering
Sekiranya anda adalah mempunyai kulit yang kering, mungkin sukar untuk memakai foundation kerana tekstur kulit yang kasar.
Oleh itu, anda harus mencari foundation yang berasaskan cecair (liquid foundation) dan bukannya powder.
Sekiranya anda menggunakan concealer, pastikan ia berasaskan krim dan compact powder anda haruslah serbuk padat yang ditekan.
Compact powder biasanya mengandungi minyak dan lebih mudah diratakan berbanding loose powder.
Anda harus mengelakkan loose powder atau formula bebas minyak kerana ia cenderung terletak di garis-garis halus di wajah anda.
Eyeshadow paling baik dilakukan dengan serbuk bertekstur krim dan eyeliner mestilah pensil berkilau(shimmer) atau jenis matte.
Cari gincu pelembap dan gunakan lip gloss yang mempunyai ramuan seperti aloe atau vitamin E, yang kedua-duanya memberikan kelembapan bibir tambahan.

Kuncinya ialah cari kosmetik yang membantu melembapkan kulti anda dan bukan sekadar menutup cela sahaja.
b) Kulit sensitif
Cari produk yang dilabel khusus untuk digunakan dengan kulit sensitif dan elakkan wangian dalam produk kosmetik anda.
Hypoallergenic adalah nama yang perlu dicari pada label makeup.
Kuncinya adalah untuk mengelakkan apa-apa dengan tahap pewarna atau pengawet yang tinggi dan makeup yang bebas pewangi.
Pilih produk yang mempunyai bahan yang sedikit dan kurang mempunyai bahan kimia.
c) Kulit kombinasi
Anda boleh memilih produk yang berbeza untuk bahagian kulit yang berbeza di wajah anda atau anda boleh memilih produk yang dibuat khas untuk kulit kombinasi.
Anda mungkin memerlukan produk untuk kulit kering dan berminyak agar sesuai dengan bahagian kulit anda.
Biasanya bahagian zon T pada wajah anda lebih berminyak manakala zon U lebih kering.
d) Kulit berminyak
Untuk kulit berminyak, cuba gunakan primer bebas minyak sebelum menggunakan foundation jenis matte yang tidak akan menyumbat liang pori anda.
Cari label non-komedogenik dan makeup yang mengandungi banyak campuran minyak didalamnya.

Loose powder mempunyai minyak yang lebih sedikit daripada compact powder. Pilih foundation yang mempunyai bahan penyerap minyak seperti kaolin.
Elakkan eyeshadow, maskara dan pensil bibir jenis berkrim.
5) Pilihan pembersih wajah
Sebelum memakai kosmetik, pastikan wajah anda bersih terlebih dahulu.
Elakkan pembersih yang merengsakan atau mengeringkan kulit kerana ianya akan menyebabkan kosmetik sukar diblend ke wajah anda.
Pembersih kulit yang terbaik, tanpa mengira jenis kulit adalah pembersih yang bersifat larut air. Pembersih jenis ini lebih lembut pada kulit.
Selepas memakai makeup, penggunaan makeup remover juga sangat baik untuk menghilangkan makeup terutama makeup yang bersifat kalis air.
So, itu sahaja untuk post 5 Petua Memilih Makeup Yang Sesuai Untuk Jenis Kulit Anda.
Jika anda mempunyai tips yang ingin dikongsi, just komen kat bawah ye.
Jangan lupa share tau post ni dengan kawan-kawan. Sharing is caring. Semoga bermanfaat;-)
Yang Ikhlas,
Alia