Hi semua! Post kali ni saya nak share 20 Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi.
Setiap kali anda melihat iklan penjagaan kulit di majalah, TV, media sosial atau melihat mana-mana selebriti, kulit mereka kelihatan glowing dan flawless.
Kadang kala anda mahu membandingkan dengan kulit mereka. Kemudian mulailah anda mencari apa yang mereka gunakan, atau lihat produk iklan.
Anda mungkin berfikir, lebih baik jika saya mempunyai kulit seperti dia. Wah, kulit yang cantik, bercahaya, glass-looking skin…
Oh! Saya juga mahu membeli produk ini! Siapa yang tidak mahu kulit bercahaya bukan? Saya pun nak.
Pelik jika anda tidak mahu, kononnya dulu lelaki suka ‘suka’ jerawat (ada yang mengatakan ia kelihatan maskulin, agaknya).
Tetapi zaman sekarang lelaki juga mempunyai rutin kecantikan mereka sendiri, apalagi wanita.
Sebagai orang yang mengalami kulit sensitif, kulit mudah berubah menjadi merah atau kering.
Walaupun ingin mencuba produk baru, ini membuat saya berfikir dua kali sebelum membeli (Itulah sebabnya saya membuat sendiri).
Saya tidak menjanjikan anda untuk mendapatkan kulit yang bersinar dengan segera sebab ini cara semulajadi, so ianya memerlukan masa.
Tetapi anda boleh mencuba petua yang akan saya berikan sebentar lagi untuk mendapatkan muka glowing dan flawless.
Sebelum itu, mari kenali kulit. Kulit adalah organ terbesar pada manusia. Ia berfungsi sebagai pelindung antara persekitaran luar dan dalam (organ dalaman anda).
Ia melindungi anda dari persekitaran yang dipenuhi dengan pelbagai bahan kimia berbahaya, cahaya matahari, perubahan cuaca panas dan sejuk, bahkan bakteria dan virus.

Oleh kerana kulit anda adalah sejenis organ, anda perlu menjaganya kerana ia boleh menjadi sihat atau “sakit” atau anda mungkin kelihatan lebih tua sebelum waktunya.
Semua yang berlaku pada kulit kita sebenarnya disebabkan oleh kesihatan dalaman atau faktor luaran.
Ya, saya tahu usia kita tidak dapat dipulihkan. Tetapi anda boleh melambatkan penuaan sebelum tiba waktunya.
Orang putih kata, age gracefully gitu. Jangan membuat orang mengatakan bahawa anda lebih tua dari usia sebenar
Masih baik jika anda kelihatan seperti satu tahun dan dua lebih tua tetapi jika anda kelihatan berumur 5-10 tahun dari usia sebenar anda, ada sesuatu yang tidak kena.
Walaupun anda tidak dapat mengawal usia anda, anda dapat mengawal banyak faktor lain yang mempercepat proses penuaan, termasuk pendedahan cahaya matahari yang berlebihan, ketidakseimbangan hormon, diet yang buruk, tekanan, dan merokok.
Tidak seperti organ tubuh anda yang lain, anda tidak dapat mengesan kerosakan kerana kita tidak dapat melihat organ dalaman secara langsung.
Untuk kulit, anda dapat melihat perubahan apabila berlaku sesuatu dan anda boleh mengambil ubat, menggunakan pelembap, dan bahan sihat lain terus ke kulit.
Atas sebab itu, sama sekali tidak ada sebab anda tidak boleh memiliki kulit yang sihat dan menarik sepanjang hayat anda.
Untuk menjaga kulit anda, mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan.
Bagi yang mempunyai kulit sensitif, anda boleh membaca 21 Rawatan Ekzema Secara Tradisional Yang Anda Boleh Buat Di Rumah.
Bagi yang mempunyai masalah jerawat, anda boleh klik link ini 10 Tips Hilangkan Jerawat Dengan Cepat Dan Berkesan.
Apa Itu Kulit Glowing Dan Flawless?
Sebelum itu, apa itu kulit muka glowing dan flawless?
Menurut pakar dermatologi, kulit yang bercahaya adalah kulit yang lembut, licin, tidak kering dan kelihatan sihat.
Dengan meningkatkan bekalan darah ke muka, pengaliran darah ke permukaan kulit menjadikannya glowing dan flawless ketika dipantulkan cahaya.
So, Kenapa Kulit Saya Tak Glowing?
Pertama, anda perlu mengetahui jenis kulit anda untuk menyelesaikan masalah ini. Adakah anda mempunyai kulit berminyak, kering, atau sensitif?
Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak anda mempunyai liang pori yang besar dan jika anda mempunyai kulit kering, liang pori kecil dan kering hingga disentuh.
Untuk kulit sensitif, kulit anda mudah iritasi dan merah apabila disentuh.
Cara merawat setiap jenis kulit adalah berbeza ketika memilih perawatan kulit yang terbaik.
Penjagaan kulit yang sesuai akan mempercepat kesan glowing sementara penjagaan kulit yang tidak betul akan menjadikan kulit anda lebih teruk.

20 Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi
1. Makan makanan “Mesra”wajah.
Apa maksudnya? Pastikan anda makan makanan yang seimbang, termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan.
Makan kacang seperti badam, biji-bijian seperti biji bunga matahari dan minyak ikan yang kaya dengan omega3-3 dan vitamin E untuk melembapkan kulit.
Kekurangan nutrien seperti vitamin B12 dapat menjadikan kulit anda kelihatan pucat dan kusam.
Makanan mengandungi zink seperti biji-bijian dan telur yang baik untuk kulit kerana mengandungi anti-radang, mencegah keradangan kulit dan mengurangkan jerawat.
2. Minum air antara 8-12 gelas sehari.
Tubuh kita dipenuhi dengan pelbagai toksin dari makanan yang kita ambil. Air diperlukan agar toksin ini dikeluarkan dari badan dengan mudah.
Kulit anda juga kelihatan lebih lembut dan menghidrat semulajadi kerana terdapat cukup air di dalam badan anda.
3. Kurangkan produk tenusu dan makanan bergula.
Tenusu mempunyai hormon yang boleh menyebabkan jerawat.
Manakala makanan manis juga dapat meningkatkan kadar glukosa darah dan menjadikan bakteria lebih senang untuk membiak.
Kurangkan produk tenusu dan gula untuk kulit bersih dan mengurangkan pertumbuhan jerawat.
4. Pilih penjagaan kulit terbaik untuk jenis kulit anda.
Gunakan penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda. Ini untuk memastikan kulit anda mudah dibersihkan sehingga penyerapan nutrien ke dalam kulit adalah optimum.
Sentiasa pastikan membersihkan wajah anda dengan pembersih lembut atau pencuci muka.
Jika kulit anda sensitif, pilih produk yang tidak mengeringkan kulit anda dan bebas daripada bahan berbahaya seperti Paraben.
Anda boleh cuba Garnier Sakura White Pinkish Radiance. Ia bukan sahaja membersihkan wajah dengan lembut malah tidak mengeringkan kulit, ianya sesuai untuk semua jenis kulit walaupun sensitif.
Pastikan wajah anda bebas dari makeup sebelum tidur.
Ini untuk mengelakkan pori-pori tersumbat akibat penggunaan alat solek yang dapat menyebabkan kerosakan, masalah jerawat, dan kerengsaan kulit.
5. Gunakan pelindung matahari semasa bekerja di luar rumah.
Cahaya matahari dapat mempercepat penuaan pada kulit. Kulit anda juga akan terdedah kepada pigmentasi dan ini akan menjadikan kulit anda kurang glowing.
Pilih sunscreen yang berkualiti dengan pelindung matahari SPF yang lebih tinggi untuk menyelesaikan masalah ini.
6. Senaman
Anda boleh bersenam pada waktu pagi untuk mendapatkan vitamin D secara langsung dari cahaya matahari.
Cahaya matahari pagi baik untuk tulang dan kulit anda dan senaman dapat memperbaiki kulit anda dengan memperbaiki peredaran, membantu menyuburkan sel kulit, dan membantu mengurangkan tekanan.

7. Exfoliate
Kulit kita selalu digantikan oleh sel kulit baru. Penting untuk kita mengelupas secra lembut untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang terkumpul di permukaan kulit.
Pengelupasan secara berkala adalah penting untuk menghilangkan sel-sel kulit ini.
Ia sahaja menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah, tetapi akan membolehkan produk kulit dan pelembap menembusi kulit dengan lebih berkesan.
Menggunakan mask dapat membantu melembutkan dan mengurangkan keradangan dengan menggunakan bahan seperti oat dan kain muslin.
Elakkan scrub secara kasar yang boleh merosakkan kulit.
8. Elakkan sabun.
Sabun dapat menghilangkan lapisan pelindung semula jadi pada kulit kerana pHnya yang alkali iaitu sekitar 8.
PH terbaik untuk kulit adalah sedikit berasid iaitu antara 5-6 atau sebaik-baiknya 5.5. Sabun juga boleh mengeringkan kulit.
Penggunaan sabun menyebabkan pH kulit tidak seimbang dan ini menjadikan jerawat dan kulit anda mudah iritasi ketika menggunakan produk baru.
9. Elakkan mencuci muka dengan pencuci muka berulang kali
Anda hanya boleh menggunakan pencuci muka dua kali sehari (maksimum 3 kali jika wajah anda terlalu kotor selepas melakukan aktiviti luar).
Apabila anda mencuci muka berkali-kali, anda akan menyebabkan kulit anda kehilangan kelembapan semula jadi.
Kulit anda akan memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak minyak.
Inilah sebabnya mengapa semakin banyak anda mencuci muka, atau mungkin menggunakan kertas penyerap minyak, minyak di wajah anda semakin meningkat.
10. Dapatkan tidur yang mencukupi
Semasa tidur sel kulit kita tumbuh semula dan ini meningkatkan pengeluaran kolagen, membantu menjaga kulit anda kelihatan cantik, sihat dan awet muda.
Hasil yang diterbitkan dalam British Medical Journal mendapati bahawa orang yang tidak tidur dinilai kurang menarik.
Ini berbeza daripada mereka yang tidur dengan normal, yang menunjukkan bahawa konsep “Tidur untuk cantik” bukanlah mitos.
Untuk mendapatkan kulit muka yang glowing dan flawless secara semulajadi, cubalah tidur secara teratur dan tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam.
11. Gunakan minyak sebagai pelembap semula jadi
Meletakkan minyak di wajah mungkin sesuatu yang baru bagi sesetengah orang. Malah ada yang merasa tidak selesa.
Untuk pengetahuan anda, minyak yang anda pilih di sini adalah minyak bukan komedogenik atau dengan kata lain, ia tidak menyumbat liang pori kulit.
Maka ianya akan mudah diserap ke dalam kulit. Minyak seperti minyak hemp seed, minyak bunga matahari, minyak jojoba, dan minyak argan adalah minyak yang mempunyai tahap komedogenik yang rendah antara 0-1.
Maka ia tidak akan menyebabkan kulit anda terlalu berminyak terlalu lama kerana mudah diserap.
Ia akan dapat menormalkan pengeluaran sebum dan kelenjar minyak tidak akan menghasilkan lebih banyak minyak.

12. Gunakan rawatan tradisional di dapur atau kawasan rumah anda
Anda boleh mencuba lidah buaya jika memilikinya di rumah. Atau putih telur, minyak zaitun, oat, dan madu untuk merawat kulit anda.
Ini mungkin berfungsi dengan baik bagi sesetengah orang dan mereka tidak perlu mengeluarkan wang ratusan ringgit untuk membeli produk yang mahal.
13. Berhenti merokok
Merokok bukan sahaja tidak baik untuk tubuh anda, tetapi juga dapat membuat anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
Sel anda akan kehilangan oksigen dan kedutan akan mula kelihatan.
14. Kurangkan / berhenti minum alkohol
Minum terlalu banyak alkohol tidak baik untuk kulit kerana ianya bersifat diuretik, maksudnya kulit anda akan kehilangan air dengan cepat akibat dehidrasi.
Kulit kering tidak glowing dan flawless. Minum alkohol juga menyebabkan organ dalaman meradang dan ini boleh menyebabkan jerawat.
Alkohol juga menjadikan kulit sensitif membuatkannya lebih mudah kelihatan merah dan tidak berseri.
15. Kurangkan stress
Stress mengeluarkan hormon kortisol dan boleh menyebabkan jerawat. Di samping itu, tekanan dapat mempercepat kesan penuaan dan memburukkan keadaan kulit seperti ekzema.
Untuk memastikan kulit anda glowing dan flawless, cubalah bereksperimen dengan beberapa teknik pengurusan stress untuk membantu anda mengatasi keadaan yang teruk, seperti meditasi, senaman atau yoga.
16. Elakkan mandi dengan air panas.
Air panas menyebabkan kulit anda sensitif, mudah merah dan iritasi. Bagi orang yang mempunyai kulit sensitif mandi dengan air panas tidak digalakkan.
17. Gunakan air humidifier
Gunakan humidifier setiap malam terutamanya jika anda memasang air-cond untuk melembapkan udara di bilik tidur anda.
Bukan sahaja ia membantu meringankan kulit yang gatal dan kering, tetapi anda juga dapat menghirup udara dengan lebih baik.
18. Pilih penjagaan kulit yang mempunyai vitamin B3, C dan E
Penjagaan kulit vitamin B3 dan Vitamin C baik untuk peningkatan kecerahan dan kesan glowing dan flawless akan lebih banyak. Vitamin E sangat bagus untuk kelembapan kulit.
19. Makan bawang putih
Bawang putih mempunyai kesan antibakteria. Ada yang meletakkan bawang putih keatas jerawat ( jangan sesekali menggunakannya pada kulit sensitif).
Bagi anda yang berkulit sensitif atau ekzema, anda boleh download ebook di bawah secara percuma untuk dapatkan tips penjagaan kulit dan pemilihan natural skincare yang sesuai.
Makan bawang putih juga dapat membantu mengurangkan bakteria dalam badan dan meningkatkan daya tahan tubuh anda terhadap bakteria.
20. Pakai Mask
Gunakan mask seminggu sekali untuk kesan kulit muka glowing dan flawless yang lebih baik.
Menggunakan mask pada kulit anda membantu menghilangkan lebihan minyak dan mengurangkan bintik-bintik hitam di wajah.
Ia juga dapat membuang sel kulit mati di wajah. Untuk kulit yang kering, mask sangat bagus untuk melembapkan kulit.
Penggunaan mask memaksimumkan kelembapan dengan cepat dan kulit anda kelihatan lebih sihat dan glowing.

So,itu adalah 20 Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi. Mendapatkan kulit yang glowing dan flawless adalah impian setiap wanita.
Kulit yang bersinar meningkatkan keyakinan diri seseorang dan anda boleh keluar tanpa memakai alat solek yang terlalu banyak.
Kesimpulannya di sini adalah bahawa kulit yang glowing dan flawless dapat dicapai dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Makan dengan baik, bersenam secara teratur, mengurangkan tekanan dan memilih penjagaan kulit yang sesuai untuk kulit anda.
Adakah anda mempunyai tips untuk kulit muka glowing dan flawless? Sekiranya ada, komen tips anda di bawah untuk dikongsikan bersama.
Saya harap beberapa petua di atas sesuai untuk anda. Jumpa di entri blog seterusnya. Jangan lupa share post ini ya!
Good Luck,
Alia



