Bagaimana Mencari Produk Untuk Kulit Berjerawat_Jerawat bukan sahaja satu masalah kulit biasa yang menjangkiti remaja tetapi juga orang dewasa. Kehadiran jerawat atau akne ini mengganggu kesihatan kulit dan membuatkan orang yang menghidapinya sering berasa malu untuk berhadapan dengan ramai orang.

Walaupun terlalu banyak produk untuk jerawat diluar sana, anda pasti akan terkejut apabila mengetahui bahan-bahan yang diletakkan di dalam produk tersebut. Kebanyakan bahan yang digunakan adalah berbahaya untuk kulit dan boleh menambahkan iritasi kulit menjadi lebih teruk.

Anda mungkin sering didekati penjual produk dan mengatakan produk mereka adalah yang terbaik. Tapi anda tidak perlu percaya 100% apa yang mereka katakan. Anda minta atau periksa senarai bahan-bahan produk dan cari jika ada bahan yang saya senaraikan di bawah.

Bagaiman mencari produk untuk jerawat 1

5 Bahan Untuk Kulit Berjerawat

Untuk menangani masalah jerawat, anda perlu mencari produk-produk semulajadi dan organik yang hanya menggunakan bahan-bahan terbaik, berkualiti dan selamat untuk kulit anda. Di dalam post ini saya senaraikan beberapa bahan utama yang perlu anda cari dalam bahan-bahan produk diluar sana:

  1. Minyak – Tidak semua minyak menyebabkan jerawat. Minyak seperti Jojoba Oil, Hemp Seed Oil, Evening Primrose Oil, Grapeseed Oil, Argan Oil, Pumpkin Seed Oil, Rosehip Seed Oil dan Calendula Oil sangat baik untuk kulit berjerawat.
  2. Vitamin – Vitamin B3 sangat baik untuk mengawal sebum disamping mempunyai kesan memudarkan atau memutihkan kulit. Namun vitamin C mempunyai kesan yang lebih cepat dalam memutihkan kulit kusam. Vitamin E pula dapat membantu untuk melembapkan kulit kerana kekeringan terhadap pengelupasan kulit.Bagaiman mencari produk untuk jerawat 2
  3. Minyak pati – Juga dikenali sebagai essential oil. Antara minyak pati yang popular ialah tea tree oil, lavender oil, rosemary oil, frankincense oil, rose geranium oil, juniper berry oil, eucalyptus oil, lemongrass oil, turmeric oil, thyme oil dan chamomile essential oil.
  4. Ekstrak botanical – Ekstrak botanical biasanya diletakkan dalam krim, toner atau pencuci muka. Antaranya ialah grapefruit extract, green tea, chamomile, willow bark, turmeric, burdork dan dandelion extract.
  5. Acid – Acid tidak semestinya merengsakan kulit jika ia diletakkan dalam kuantiti yang sedikit. Antara asid yang biasa digunakan ialah asid salisilik, gycolic acid dan lactic acid.

Penggunaan makeup yang tebal juga boleh menyebabkan jerawat. Makeup atau foundation mungkin boleh menutup jerawat, tetapi pada masa yang sama ia akan menyumbat liang pori dan menyebabkan sebum dan bakteria terkumpul dipermukaan kulit. Ini menyebabkan jerawat yang baru akan mudah terjadi kerana persekitaran kulit yang ‘sukar bernafas’.

Bagaiman mencari produk untuk jerawat 4

Untuk foundation yang baik, cari foundation yang tertulis label non-komedogenik yang bermaksud tidak menyumbat liang pori. Anda juga boleh menggunakan makeup yang bersifat hypoallergenik untuk mengurangkan iritasi atau kemerahan kulit.

Jika boleh, kurangkan penggunaan makeup yang tebal agar liang pori tidak tersumbat. Ini akan memudahkan penyembuhan jerawat dan mengurangkan kehadiran jerawat baru.

Saya berharap senarai bahan di atas membantu anda untuk mencari produk yang sesuai untuk kulit anda. Setiap kulit adalah berbeza dan pasti ada produk yang sesuai untuk kulit masing-masing. Sila buat ‘patch-test’ atau letak sedikit pada kulit. Jika tiada iritasi, anda boleh teruskan penggunaan produk tersebut.

Bagaiman mencari produk untuk jerawat 5

Mungkin ada produk yang sesuai untuk rakan anda, tapi mungkin tidak sesuai untuk anda. Elakkan mencuba produk terlalu banyak dalam seminggu. Jika ada iritasi, hentikan penggunaan serta merta. Biarkan kulit berehat seketika agar kembali kepada keadaan asal dan anda boleh mencuba produk baru seminggu kemudian.

Semoga apa yang saya kongsikan bermanfaat ya. Have a great day!;-)

Xoxo,

Alia Mohammad