Cantiknya pelakon korea tu, kulit flawless putih melepak. Saya pun nak juga kulit macam tu. Lepas tu mulalah anda mencari produk-produk pemutih kulit. Dah macam-macam produk pemutih kulit, tapi tak putih-putih juga. Jadi, dalam post kali ni, saya nak kongsi kepentingan berkulit gelap dan kesan hydroquinone ke atas kulit.
Tapi ada pula yang menunjukkan hasil, putihlah sekejap lepas berhenti guna gelap balik. Dan yang paling teruk kulit bukan sahaja tak putih, malah makin teruk sensitif, kemerah-merahan atau jerawat makin banyak.
Saya bukannya nak salahkan anda, Yelah, semua orang pun nak kelihatan cantik kan. Sebab saya dulu pun macam anda juga, terpengaruh dengan kecantikan model-model yang promote macam-macam produk kat tv, majalah dan internet. Cantik putih mulus je kan kulit dorang. Tapi bila saya pakai tak jadi jugak. Jadi yang berhabis duit siapa? Yang kulitnya makin teruk siapa? Diri sendiri juga yang merana.
Tapi saya tak nafikan ada produk yang benar-benar berkesan. Lain orang lain kulitnya jadi mungkin produk yang dia pakai tak semestinya berkesan untuk anda. Jika anda dah jumpa produk yang sesuai untuk anda tahniah saya ucapkan. Tak payah atau gatal nak cari produk lain lagi.

Saya ni bukannya doktor, jadi apa yang saya kongsikan di sini adalah hasil dari research dan hasil pembacaan saya sendiri ya. Fokus blogpost saya kali ni nak cerita pasal kepentingan berkulit gelap dan kesan hydroquinone ke atas kulit. Pernah dengar tak? Kalau dah pernah mesti tahu tentang bahan ini di ban di kebanyakkan negara termasuk Malaysia. Jadi mana-mana bahan yang mengandungi hydroquinone adalah dilarang di jual.
Sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya nak tanya anda, pernah terfikir tak kenapa kita yang tinggal kat Malaysia ni berkulit gelap atau sawo matang? Ini semua cuaca panas punya pasallah. Kita kan tinggal kat garisan khatulistiwa.

What? Apa kaitannya. Mari saya terangkan, sinaran UV dari matahari ni ada 2 jenis yang dikenali sebagai UVA dan UVB. UVA ni adalah sinaran yang mempercepatkan penuaan dan kedutan, jadi kalau nak pasang tinted kereta segelap mana pun UVA boleh melaluinya. UVB pula ni adalah sinaran yang menyebabkan sunburn dan boleh ditapis oleh sunscreen dan cermin kereta yang bertinted. Tapi awas kedua-duanya boleh menyebabkan kanser kulit.
Jadi untuk elakkan kanser kulit ni, melanin diperlukan. Sepatutnya anda kenalah berterima kasih kepada melanin ni sebab melindungi anda. Tapi tu lah makin banyak melanin ni, makin gelaplah anda. Tahi lalat hitam tu sebab banyak melanin kat situlah. Bagus rupanya melanin ni kan?
Sebab tu lah orang putih suka sangat berjemur kat pantai tu sampai berbotol-botol sunscreen diaorang pakai sebab takut terkena kanserlah, tapi nak juga berkulit gelap sebab seksi katanya.
Yang orang kat sini pulak sibuk nak putihkan kulit. Jadi sebenarnya hitam atau putih tu bukan ukuran kecantikan, cuma persepsi masyarakat dan iklan-iklan tu yang membuatkan kita terpengaruh yang putih itu cantik dan yang gelap itu tak cantik. Yang penting kulit anda halus, jerawat ada sikit-sikit sekali sekala tu oklah tu.
Habis tu orang yang berkulit cerah tu senanglah ye dapat kanser kulit? Eh, tak juga sebab dorang pun ada melanin juga cuma tak banyak. Pendek kata melanin ni ala-ala natural sunscreen yang melindungi anda dari sinaran UV. Dan paling bagus lagi kalau anda selalu berpanas kat luar, eloklah pakai sunscreen.
Okay, cukup cerita pasal melanin. Sekarang saya nak cerita pasal hydroquinone pulak, apa sebenarnya dia ni?
Hydroquinone ni adalah sejenis bahan yang digunakan dalam produk skincare pencerah kulit. Biasanya digunakan dalam 2% sahaja. Dan mungkin lebih dalam 3-4% untuk kes-kes tertentu tapi dengan arahan doktor. Hydroquinone menghadkan dan mengurangkan pembentukan melanin di dalam kulit malah bahan ini sebenarnya adalah bahan popular yang digunakan kerana keberkesannya mencerahkan jeragat sejak 50 tahun dahulu.

Hydroquinone telah di ban kerana ada kes-kes dimana pengguna yang menggunakan krim yang mengandungi hydroquinone mengalami beberapa kesan sampingan. Antaranya ialah:
1) Ochronosis – Ochronosis adalah satu keadaan kulit di mana ia menjadi kelabu atau biru gelap di bahagian krim diletakkan,

2) Karsinogenik – Hydroquinone menunjukkan cirri-ciri karsinogen atau penyebab kanser apabila diuji ke atas tikus. Tapi ujian tidak pernah dijalankan ke atas manusia.
3) Alergik – Sesetengah pengguna melaporkan kesan alergik seperti ruam, kesukaran untuk bernafas, kulit wajah menjadi terlalu sensitive dan membengkak.
4) Photo sensitivity – Hydroquinone boleh menyebabkan kulit mudah mendapat sunburn kerana kekurangan sel melanin di dalam kulit.
Itu adalah antara kesan sampingan apabila menggunakan produk yang mengandungi hydroquinone. Tapi lain orang lain kulitnya, jadi mungkin kesan penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu.
Jika anda ragu-ragu nak gunakan produk pencerah yang mengandungi hydroquinone, ada beberapa bahan lain yang boleh menggantikan hydroquinone untuk fungsi pencerah yang sama. Antaranya ialah vitamin C, vitamin A, kojic acid, ellagic acid, ekstrak bearberry, ekstrak mulberry dan ekstrak licorice.
Diharapkan apa yang saya kongsikan ini membantu ya. Jika post ini bermanfaat, jangan lupa share agar ramai orang lebih tahu tentang kepentingan berkulit gelap dan kesan hydroquinone ke atas kulit.
Xoxo,
Alia Mohammad
