Hi semua! Post kali ni, saya nak share 13 Tips Awet Muda Dan Cantik yang anda boleh lakukan sendiri tanpa perlu menghabiskan wang membeli produk mahal.
“Cantiknya kulit dia? Kalaulah kulit aku macam dia. Alangkah bahagianya.” Hmm.. Siapa yang tak nak dengan kulit licin, glowing dan flawless macam artis korea kan.
Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah berusia tapi kelihatan lebih muda daripada kita. Atau bila melihat lelaki cantik dalam movie mereka, Huh! Terasa tercabar pun ada..

Pasti anda kenal selebriti korea di atas. Dorang dah nak dekat 40 tapi nampak cantik dan muda je kan.
Saya gunakan mereka berdua sebagai contoh, diorang berdua ni feveret saya. Hahaha! Comel je tengok kan.. Natural beauty gitu…
Kadang-kadang tu saya pernah terfikir, alah.. ada duit saya pun boleh cantik! Pernah tak anda berfikir macam tu?
Saya tak pasti dengan anda. Tapi sentiasa bermain difikiran saya yang skincare yang mereka iklankan itu sebenarnya tidak cukup untuk mendapat kulit seperti mereka, pasti ada sesuatu yang lain…
Yelah, saya cuba skincare yang diorang guna tak jadi pun. Hmm.. Kenapa macam tu ye?
Hi semua! Maaf, banyak sungguh perkara yang bermain difikiran saya. Apapun saya tak tahu rahsia mereka, saya dengar ada yang menggunakan sampai 9 langkah penjagaan kulit.
Dan pemakanan serta gaya hidup mereka yang baik. Entahlah, mungkin juga itu antara faktor kulit mereka seperti itu.
Dalam post kali ini, saya nak cerita sikit pasal tips kecantikan kulit untuk nampak lebih muda yang boleh kita lakukan tanpa perlu berbelanja wang terlalu banyak.
Pendek kata, jimat dan yang penting natural. So tak yalah nak suntik sana sini ke, atau makan apa-apa supplemen yang tidak diketahui keberkesanan dan keselamatannya.
Maksud saya disini bukan nak undurkan masa kerana saya tahu itu mustahil tapi janganlah kita tua sebelum waktunya.
Orang putih kata, aging gracefully.. gitu. Okay, jom kita lihat apa yang saya jumpa hasil pencarian diinternet, saya dapati 13 tips semua.
13 Tips Awet Muda Dan Cantik Yang Perlu Anda Lakukan
1) Detoks: Penting untuk anda memulakan detoksifikasi, fungsinya adalah menyingkirkan toksin dari badan kita.
Sebenarnya secara natural metabolisme tubuh kita telah melakukan proses itu.
Tetapi dalam kehidupan seharian, kita terdedah kepada banyak bahaya kimia dari udara, makanan, dan persekitaran.
Apabila badan kita bertoksin, ia akan mempengaruhi kulit kita seperti timbulnya jerawat atau kulit menajdi mudah sensitif.
Dengan berpuasa atau hanya memakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah cara untuk menyahtoksin badan kita. Jadi wajah nampak bersih je, tak ada jerawat dan berseri.
Post lain yang berkaitan:

Photo by Toni Cuenca from Pexels
2) Tidur – I need my beauty sleep. Pernah dengar tak? Ternyata ia bukan mitos. Tidur untuk kecantikan memang benar.
Tidur yang cukup, sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari, akan menjadikan kulit kita lebih sihat.
Tidur yang lena juga penting kerana hormon pertumbuhan berfungsi pada masa itu.
Ia memperbaharui sel lama tubuh kita, termasuk sel kulit. Kulit kita akan kelihatan segar dan muda jika kita cukup tidur. Jadi pastikan anda cukup tidur tau.
3) Makanan – Makan makanan yang sihat dan selamat setiap hari akan menjadikan badan kita cergas, langsing, dan juga kelihatan lebih muda.
Cuba makan lebih banyak ikan dan bukannya daging merah. Makanan serat, sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan tambahan seperti vitamin adalah makanan penting untuk dimakan.
Kurang minum kopi dan minuman kafein lain. Elakkan makanan proses macam sosej, burger dan fast food. Kecualilah anda buat sendiri kat rumah, itu boleh dikecualikan.

Photo by Robin Stickel from Pexels
4) Senaman – Melalui senaman rutin, kita akan merasa lebih gembira, bertenaga, dan yakin.
Ia juga meningkatkan kepadatan tulang dan otot kita yang dapat menjadikan tubuh kita kelihatan 15-20 tahun lebih muda. Jadi jangan malas ye nak exercise!
5) Tenang – Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Eh, takda kaitan. Maaf.. Dengan berusaha untuk tenang, wajah kita akan kelihatan lebih muda.
Tekanan dan kebimbangan sering muncul di wajah kita terutama waktu covid ni, nak jalan-jalan pun susah, dan nak balik kampung pun tak dapat;-(.
Sekiranya kita dapat mengatasi tekanan dan merasa tenang, wajah kita akan kelihatan lebih muda dan menarik.
It’s easier said than done.. Tapi anda kena cuba jugak kalau nak nampak lebih muda.
6) Bersikap Positif – Fikiran positif boleh membawa kehidupan yang lebih sihat. Fikiran negatif cenderung membawa kegagalan dan membuat kita kelihatan lebih tua.
Meditasi boleh membawa kepada pemikiran positif. So anda kenalah sentiasa berfikir positif.
Walaupun sekarang ni lebih banyak negatif dari yang positif, yelah penyakit banyak, semua perlu duit, takpa.. buang semua yang negatif.
Bila anda berfikiran positif pasti nampak cara nak selesaikan semua masalah jadi anda lebih muda tersenyum dan nampak lebih muda.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels
7) Pemeriksaan Perubatan – Setiap 6 bulan sekali, cubalah buat medical checkup kalau boleh.
Macam kereta, badan kita juga memerlukan perhatian dan penjagaan agar dapat berfungsi dengan baik setiap hari.
Melakukan pemeriksaan perubatan 2 kali setahun adalah penting untuk mengenali penyakit secepat mungkin.
Jadi sekiranya ada apa-apa penyakit pun semuanya dikenalpasti lebih awal.
8) Hidup Aktif – Sentiasa berusaha untuk aktif semasa hidup anda. Aktiviti dapat meningkatkan kesihatan dan jika anda berumur lebih tua, ingatan anda juga akan bertambah.
Ini bukan hanya melibatkan senaman, tapi juga pemikiran. Rajin-rajinlah gerakkan tubuh badan anda dan gunakan otak anda. Cuba membaca buku-buku ilmiah ke motivasi ke..
9) Kehidupan Sosial – Kehidupan sosial yang bahagia dapat meningkatkan semangat kita, membawa fikiran yang tenang, dan membuat kita merasa dan kelihatan lebih muda.
Komunikasi dengan rakan, keluarga, jiran, rakan sekerja, dan lain-lain dapat membahagiakan kita.
Cuba dekatkan diri kita dengan orang-orang yang berfikiran positif, fikiran pun rasa ringan saja.

Photo by Craig Adderley from Pexels
10) Prestasi – Apa yang saya maksudkan disini ialah, cuba lihat diri anda. Adakah apa-apa yang perlu diperbaiki?
Bukan nak bedah plastik ke apa ye. Perhatikan berat anda, kulit, rambut, kuku, gigi dan kesihatan anda secara menyeluruh.
Ada tak apa-apa yang perlu dilakukan. Kalau rasa terlampau banyak makan makanan proses atau manis, cuba kurangkan.
Kalau rasa badan tu berbau ke, cuba cari penyelesaian. You get the idea right? Sentiasa berfikir untuk memperbaiki diri. Mulaikan secara perlahan-lahan.
11) Jaga kebersihan – Menjaga kebersihan kulit dan persekitaran kita adalah perlu menjadi keutaamaan!
Anda mesti membersihkan wajah anda pagi dan malam dengan pembersih semula jadi yang lembut.
Ini bukan sahaja membersihkan kulit dari kotoran dan kotoran tetapi kemudian merawatnya dengan bahan antibakteria.
Jaga kebersihan tubuh anda agar tampil lebih menarik.
12) Berhenti merokok – Jika anda seorang perokok, please stop! Anda bukan sahaja membahayakan kesihatan anda, tapi juga anda akan kelihatan lebih tua dan tak menarik.
Malah orang-orang sekeliling anda juga turut terkesan dengan tabiat anda kerana asap rokok.
Jadi cuba hentikan tabiat merokok, tak lama lagi tahun 2021, mungkin bolehlah jadikan azam tahun 2021 pulak kan.

13) Skincare Anti Aging – Gunakan skincare yang sesuai untuk anti aging. Cari skincare yang ada Coenzyme Q10, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin A, peptides, ceramides dan hyaluronic acid.
Exfoliate kulit sekali seminggu untuk singkirkan kulit mati. So, mudahlah bahan-bahan active tu nak meresap ke dalam kulit nanti.
Anda Nak Share Tips Anda?
So, itulah 13 Tips Awet Muda Dan Cantik Yang Perlu Anda Lakukan. Sebenarnya ada banyak tips awet muda dan cantik yang lain. Kalau anda ada tips yang anda nak share, bolehlah komen kat bawah.
Apapun yang paling penting, anda kenalah konsisten dalam menerapkan gaya hidup dan tabiat makan yang sihat.
Minum air banyak tau biar semua toksin dalam badan tu mudah dikeluarkan.
Ingat, kita tidak dapat menghentikan perubahan semula jadi, tetapi kita masih boleh kelihatan lebih muda jika kita ingin bekerja keras untuk melambatkan proses penuaan. So, let’s make it happen…
Wish You Luck! And wish me luck too…
Alia