Salam dan hi semua, apa khabar hari ni? Harap semuanya sihat-sihat sahaja. Kita sekarang sudah berada di tahun 2021 dan meninggalkan tahun 2020. Apapun yang terjadi ditahun lepas, let’s keep moving forward. Bagi anda yang masih mencari skincare yang sesuai, post ini sangat sesuai untuk anda. Dalam post kali ni, saya nak share mengapa anda mesti memilih produk natural dan organik.

- 5 Produk Pelembap/Ointment Terbaik Untuk Kulit Kering Sensitif
- DIY Step Buat Facial Muka Di Rumah Yang Mudah Dan Jimat.
4 Sebab Mengapa Pilih Produk Natural Dan Organik?
Terdapat banyak manfaat yang akan anda dapat dengan menggunakan semua produk penjagaan kulit semulajadi dan organik, mungkin ada beberapa sebab yang anda sedari, tetapi ada juga yang tidak.
Sifat pemulihan dari alam semulajadi sentiasa akan melebihi bahan-bahan buatan manusia, jadi apabila anda membeli produk penjagaan kulit, salah satu perkara yang paling penting yang perlu anda ingat ialah anda akan mendapat nilai sepadan dengan wang yang anda bayar.

Mana-mana produk penjagaan kulit yang murah dan konvensional yang anda beli kemungkinan besar akan mengandungi peratus air yang banyak dan versi sintetik asli bahan-bahan tulen.
Hal ini menyebabkan kesannya akan berkurangan. Ini mengapa sesetengah produk yang murah tidak menunjukkan apa-apa kesan walaupun digunakan dalam masa yang lama. Apapun tidak semua produk murah itu tidak bagus, anda perlu bijak memilih produk berdasarkan bahan berfungsi yang betul untuk masalah kulit anda.
Kebanyakan produk-produk konvensional yang sering ditawarkan kepada kita hari ini tidak menambah kesihatan atau membantu kulit kita, tetapi menghilangkan sedikit demi sedikit kesihatan semula jadi dan kecantikan kulit dengan penambahan banyak bahan-bahan yang mungkin berbahaya untuk kulit.
Bagi produk semulajadi dan organik, terdapat beberapa bahan yang biasa digunakan dalam semua produk penjagaan kulit semulajadi dan organik, antaranya ialah minyak tumbuh-tumbuhan (Carrier oils), minyak pati tumbuhan (essential oils), almond, lidah buaya, aprikot, avocado, chamomile, teh hijau, madu, jojoba, susu, oat, shea butter, minyak pokok teh, vitamin C, vitamin E dan banyak lagi.
Bahan-bahan ini sudah lama digunakan oleh orang zaman dahulu dan itu membuktikan bahan natural dan organik ini sangat berkesan.

So, kenapa anda mesti memilih produk natural dan organik? Antara 4 sebab mengapa pilih produk natural dan organik ialah:
1. Bebas bahan kimia berbahaya – Produk skincare sememangnya tidak lari daripada penambahan bahan-bahan kimia. Air yang anda minum juga adalah sejenis bahan kimia dengan formula H2O. Cuma sebagai pelanggan, anda perlu tahu adakah ianya bahaya atau tidak sahaja.
Produk konvensional kebanyakannya mengandungi pengisi(filler) yang berfungsi untuk memudahkan produk disapu ke atas kulit. Anda akan terasa kesan sebaik saja krim disapu seperti mudah diratakan, tak melekit, wangi, dan melembutkan kulit. Bahan-bahan ini biasanya diambil daripada bahan-bahan sintetik dan bukannya bahan-bahan natural. Biasanya bahan ini tidak mempunyai fungsi membaiki sel kulit.
Produk natural dan organik biasanya tidak menggunakan pengisi atau filler sintetik untuk menjalankan fungsinya. Kebanyakkannya diambil daripada alam semulajadi tanpa pengubahsuaian yang terlalu ekstrem.
2. Bahan-bahan berkualiti – Bahan-bahan yang digunakan dalam produk natural dan organik adalah diproses dari alam semulajadi dan ada yang 100% tidak mengalami proses secara kimia yang berbahaya untuk kesihatan kulit. Kerana ianya bukan bahan tiruan maka ia mempunyai nilai atau harga yang lebih mahal.
3. Lebih selamat – Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, bahan-bahan dalam produk natural dan organik adalah lebih selamat dan anda tidak perlu was-was untuk menggunakan produk. Anda tidak perlu risau akan risiko kerosakan kulit seperti pengelupasan yang teruk dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, bagi anda yang mempunyai alergik kepada bahan natural seperti almond, anda perlu mengelakkan produk yang mengandungi bahan tersebut.
4. Lebih berkesan – Alam semulajadi mengandungi elemen penyembuh yang paling hebat. Produk yang dihasilkan dari alam semulajadi lebih berkesan untuk digunakan untuk jangka masa yang lama. Ia memang sesuai buat kulit manusia.
Cuma adakalanya sebilangan produk natural dan organik ini mengambil masa yang lama berbanding produk yang mengandungi bahan sintetik. Ini kerana ia memperbaiki kulit dengan perlahan tanpa mengalami kejutan.
Bagi produk yang mengandungi bahan kimia sintetik yang tinggi biasanya menunjukkan kesan yang cepat, tetapi biasanya ia akan membuatkan kulit tidak sihat dan mempunyai kesan sampingan apabila penggunaan dihentikan atau digunakan dalam masa yang panjang.

Di mana Nak Dapatkan Produk Semulajadi Dan Organik?
Jika anda berminat untuk membeli mana-mana produk penjagaan kulit semulajadi dan organik, anda boleh mendapatkannya di mana-mana kedai online. Dulu, kebanyakan kedai online produk natural dan organik adalah dari luar negara dan ini menyebabkan kos pos adalah sangat mahal.

Anda juga boleh mencari pelbagai produk yang natural dan organik di mana-mana farmasi, seperti biasa harganya mungkin sangat mahal dan ada juga yang diragukan adakah ia benar-benar semulajadi atau tidak.
Mendapatkan produk natural mungkin agak mudah, tetapi mendapatkan produk yang organik agak sukar di Malaysia. Dengan itu, banyak pengusaha produk kecil-kecilan mengambil inisiatif untuk membuat produk natural dan organik sendiri.
Anda juga boleh membuat produk skincare sendiri dengan mengambil kelas online di Formula Botanica atau School of Natural Skincare jika anda serius nak mempelajari cara natural skincare dihasilkan. Banyak kedai online menjual bahan-bahan skincare yang anda boleh beli untuk membuat skincare sendiri dengan fungsi yang anda inginkan.
Jika anda tidak suka DIY sendiri skincare tapi nak cari skincare yang natural dan organik, anda boleh melihat bahan-bahan pada produk dan pergi ke EWG Skin Deep untuk mengetahui fungsi setiap bahan didalam produk tersebut. Untuk mendapatkan bahan yang 100% natural dan organik agak sukar, so anda kena pilih produk yang mengandungi produk yang mengandungi peratus bahan natural dan organik yang tinggi melebihi bahan sintetik.
Boleh Percaya Ke Produk Natural Dan Organik Ni?
Penghasilan produk skincare memerlukan ketelitian yang tinggi untuk memastikan ianya betul-betul berfungsi seperti yang dikehendaki. Formulator biasanya sudah mempelajari teknik membuat skincare yang betul dan anda tidak perlu risau.

Kriteria mereka untuk membuat dan menyimpan semua produk penjagaan kulit natural dan organik adalah sangat terperinci dan khusus, dan tiada pengujian ke atas haiwan, pengawet tiruan, tiada bahan kimia sintetik, tiada minyak mineral, dan tiada racun perosak atau residu herbisid.
Kini semakin ramai yang menyedari kenapa kita mesti memilih produk natural dan organik. Banyak kedai dari luar negara menjual produk natural dan organik di Shopee mahupun Lazada. Kos pos juga ada yang ditanggung oleh pihak Shopee dan Lazada. Kebanyakannya dari brand-brand terkenal dan ada juga pengusaha-pengusaha kecil yang membuatnya untuk anda. Anda boleh melihat 10 lagi senarai produk Natural dan Organik di Malaysia di sini.
Semoga apa yang saya kongsikan pada hari ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih kerana membaca post ini dan jangan lupa share tau…
Have a great day! 😉
Alia